Muharram - Pengertian & Penetapan Sebagai Tahun Baru Hijrah


Pengertian Muharram

Muharram ertinya "yang diharamkan" atau "yang dipantangkan". Dinamakan Muharram kerana bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah. Larangan ini berlangsung terus sampai pada masa permulaan Islam.


Penetapan Satu Muharram Sebagai Tahun Hijrah

Sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, tahun dihitung mulai baginda diangkat sebagai Rasul, umpamanya disebut tahun ke 5 atau tahun ke 6 kerasulan.

Kerana pada waktu itu umat Islam masih belum mempunyai tahun yang pasti, maka yahun kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut Tahun Gajah.Sebab dinamakan Tahun Gajah, kerana tentera Abrabab dari Ethiopia yang menyerang kota Makkah dengan maksud untuk merobohkan Kaabah. Abrahah dan pasukannya datang ke Makkah denagn mengenderai gajah. Akan tetapi usahanya ini gagal krana dihancurkan Allah dengan mengirim burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu berapi, sehinggan tubuh mereka menjadi hancur seperti kayu yang dimakan ulat.

Untuk menentukan hitungan dan nama tahun yang pasti dalam Islam, maka khalifah Umar bin Al-Khattab berpendapatdan menilai bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW merupakan peristiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.

Khaliffah Umar bin Al-Khattab beralasan, bahawa dengan berhijrahnya Nabi Muhammad SAW, telah membuatkan baginda terhindar dari ancaman maut, selamat dari pengniayaan kaum Musyrikin Makkah dan di tempat baru, lebih terbuka kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran Islamke tengah masyarakat. Di samping itu hijrah merupakan peristiwa bersejarah yang memisahkan antara Makkah dengan Madinah.

Usulan Khalifah Umar bin Al-Khattab diterima oleh para sahabat pada waktu itu, maka ditetapkanlah satu Muharram sebagai permulaan tahun Hijrah.


Rujukan :
Rahsia & Amalan Bulan Islam Muharram - Zulhijah, karangan Kasmuri Selamat MA, terbitan Darul Nu'man

Previous
Next Post »