10 Muharram - Taubat Nabi Adam as. Diterima Oleh Allah SWT


Ketika Nabi Adab as. memakan buah larangan di dalam syurga kerana mengikuti rayuan iblis, maka ketika itu pula terlepas semua perhiasan syurga yang dipakainya dan sedikitpun tidak ada pakaian di badannya, kecuali pada bahagian mahkotanya.

Nabi Adam tidak dapat menutupi dirinya dengan daun-daun kayu yang ada di syurga. Setiap kali ia berusaha untuk menutupinya, maka daun-daun itu sendirinya terlepas dari badannya. Dalam keadan menangis Nabi Adam as. menoleh kearah Siti Hawa serta berkata " Siapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah." Inilah awal bermulanya perbuatan maksiat itu.

Selepas itu Allah memberikan wahyu kepada dua malaikat: "Keluarkanlah Adam dan Hawa dari sisiKu, kerana mereka berdua telah menderhakaiKu."

Maka Jibril menanggalkan mahkota yang berada di atas kepala Nabi Adam, sedangkan Mikail menanggalakn mahkota yang ada di keningnya.

Setelah Nabi Adam as. diturunkan dari suatu tempat yang suci ke tempat yang dengan kelaparan, maka Nabi Adam as. pun menangis akan kesalahan selama seratus tahun. Dia yang selalu meletakkan kepalanya di atas kedua lututnya, sehingga air matanya mengalir itu membasahi bumi dan menumbuhkan rumput-rumput dan pohon kayu, serta mengisi lekuk-lekuk batu.

Wahab bin Munabbih meriwayatkan, bahawa Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari, pada hari yang ke tujuh Allah berfirman kepadanya. "Wahai Adam ksedihan apakah yang menimpamu hari ini? Bencana apakah yang sedang engkau alami sehingga membuatmu jadi begini?"

Maka Nabi Adam as. menjawab: "Sungguh sangat besar musibah yang telah menimpa terhadap diriku wahai Tuhanku, aku telah dikeluarkan dari syurgaMu, sehingga pada saat ini aku berada di tempat kehinaan, sedangkan sebelum ini aku berada di tempat yang penuh kemuliaan. Aku berada di tempat celaka, sedangkan sebelum ini aku berada pada tempat kebahagia, aku berada pada tempat yang penuh dengan kesusahan sedangakan sebelum ini aku berada pada tempat yang penuh dengan kemewahan dan kemakmuran.

Tuhanku, sudah tentu aku menangisi akan kesalahanku itu. Aku juga meratapi diriku sendiri. Atau tidak mungkin aku dapat lari dari musibah ini wahai Tuhanku?"

Maka Allah SWT berfirman: "Wahai Adam, bukanlah Aku telah memilih dirimu untuk diriKu? Aku telah menghalalkan rumahKu untuk dirimu, Aku telah memilihmu dari semua makhlukKu. Aku telah mencurahkan kecintaanKu kepada dirimu dan Aku telah memberikan peringatan kepadamu kemurkaanKu?

Bukankah Aku telah menciptakan kamu pada mulanya sendirian, Aku telah meniupkan nyawa ke dalam tubuhmu, Aku telah memerintahkan malaikat supaya sujud kepadamu? Bukankah Aku telah menjadikan kamu sebagai pendampingKu di syurgaKu. Kamu telah menggunakan apa yang ada menurut kehendakmu sendiri, sehingga akhirnya kamu menderhakai perintahKu, kamu telah lupakan janjimu kepadaKu dan kamu telah mensia-siakan wasiatKu?

Bagaimana sekarang kamu akan mengingkari akan seksaanKu? Demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya di muka bumi ini penuh dengan orang-orang seperti dirimu selalu mentasbih malam dan siang tidak ada henti-hentinya, akan memberikan kepada mereka tempat sebagaimana tempatnya orang-orang yang derhaka!

Sesungguhnya Aku kasihan terhadap kelemahanmu mengangkatmu dari tempat jatuhmu, menerima taubatmu, mendengar permohonanmu yang penuh dengan keikhlasan dan aku telah mengampuni dosamu dan sekarang ucapkanlah: "Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau yang Allah dengan segala pujian, aku telah menganiayai diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan maka terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penrima taubat lagi Maha Penyayang." Maka Nabi Adam pun ikut serta membacanya.

Allah kembali berfirman: "Ucapkanlah bahawa tiada Tuhan selain Allah, Maha Suci Engkau wahai Tuhanku dan dengan segala pujian aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan maka ampunlah aku, kerana sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Maka Nabi Adam pun ikut serta membacanya.

FirmanNya lagi maksudnya: "Ucapkanlah tiada Tuhan selain Engkau Maha Suci Engkau dan dengan segala pujian, aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan, maka kasihanilah aku, kerana sesungguhnya Engkau adalah yang Maha Pengasih di antara yang pengasih."

Demikianlah kisah taubat Nabi Adam as, kerana keikhlasan hatinya dan benar-benar menyesali dosa yang telah dilakukannya, maka taubatnya itu diterima oleh Allah SWT. Menurut keterangan, bahawa Allah mengampuni dosa Nabi Adam as. itu pada hari ke sepuluh bulan Muharram bertepatan hari Jumaat.

Rujukan :
Rahsia & Amalan Bulan Islam Muharram - Zulhijah, karangan Kasmuri Selamat MA, terbitan Darul Nu'man

Previous
Next Post »

1 Comment(s):

Click here for Comment(s)
alone
admin
Friday, January 09, 2009 11:51:00 PM ×

aduh. terlepas pula nak puasa.

Congrats bro alone you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar