Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM)



Pertamanya ana ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Kepada adik-adik yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, marilah kita bersama-sama meletakkan diri kita di kalangan orang yang bersyukur iaitu bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Mungkin ini satu ujian buat kita, dan ingatlah sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagi diri kita. Kadang-kadang yang terbaik buat diri kita adalah bukan yang kita ingini. Apa-apapun ana sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada semua.

Sebelum lari daripada topik yang asal, ana selaku orang yang berada di dalam profesion perguruan sekadar ingin berkongsi pengetahuan mengenai peluang belajar selepas SPM. Ana mahu mengajak adik-adik semua untuk tidak menyempitkan pemikiran tentang peluang belajar ni. Ana tahu ramai di kalangan adik-adik mempunyai 'mind setting' untuk memasuki Universiti selepas tamat pengajian sekolah menengah. Namun di sini, ingin ana ingatkan kepada semua pembaca, terutamanya adik-adik lepasan SPM agar meletakkan minat dan kemampuan sebagai titik asas pemilihan tempat melanjutkan pelajaran.


Di sini ana hendak fokuskan salah satu peluang belajar yang boleh dipilih iaitu Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM), Kementerian Pelajaran Malaysia

Untuk pengetahuan semua, kursus ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program-program yang ditawarkan di bawah KPLSPM ini adalah merangkumi : -

1A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara
Program ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru bagi sekolah menengah dalam mata pelajaran berikut :
Matematik
Fizik
Kimia
Biologi
Pendidikan Khas (Clinical Speech Therapy, Occupational Health Therapy, Audiology, Clinical Psychology)

1B. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP)
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Perancis

1C. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ)
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Jerman

1D. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru terlatih dalam pelbagai bidang bagi keperluan sekolah rendah kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Bahasa Inggeris (TESL) Pendidikan Rendah
Bahasa Inggeris (TESL) Pendidikan Menengah
Bahasa Cina Pendidikan Rendah
Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
Pengajian Islam Pendidikan Rendah
Pengajian Sosial Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Pendidikan Rendah
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
Sains Pendidikan Rendah
Matematik Pendidikan Rendah
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
Pendidikan Prasekolah

Terdapat 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh Malaysia:
1.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis, Kangar, Perlis
2.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah
3.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah
4.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tuanku Bainun, B. Mertajam, P. Pinang
5.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Persekutuan Pulau Pinang, P. Pinang
6.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ipoh, Perak
7.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Teknik, Bdr. Tun Razak, K. Lumpur
8.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ilmu Khas, Bdr Tun Razak, K. Lumpur
9.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, K. Lumpur
10.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, K. Lumpur
11.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Islam, Bangi, Selangor
12.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar, Seremban, N. Sembilan
13.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu, Melaka
14.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Hussein Onn, Bt. Pahat, Johor
15.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bharu, Johor
16.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tengku Ampuan Afzan, K. Lipis, Pahang
17.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato' Razali Ismail, K. Terengganu, Terengganu
18.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
19.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu, Kelantan
20.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau, Sabah
21.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent, Sabah
22.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Gaya, Sabah
23.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau, Sabah
24.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Miri, Sarawak
25.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Rajang, Sarawak
26.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak, Kuching, Sarawak
27.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/index.cfm

Sekadar itu perkongsian daripada ana. Ana sebenarnya dalam keterbatasan waktu. Ana mengalu-alukan sebarang soalan yang hendak ditanya berkaitan KPLSPM ini. Insyaallah ana akan cuba menjawabnya. Akhir kalam, ana doakan semoga adik-adik semua mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran.
Previous
Next Post »

1 Comment(s):

Click here for Comment(s)
alone
admin
Wednesday, March 18, 2009 6:20:00 AM ×

wow. banyak rupanya program yang ditawarkan dalam bidang perguruan ni.

bagus2. semoga lebih banyak pendidik yang berkarisma dapat dilahirkan untuk mendidik anak bangsa.

Congrats bro alone you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar