Dah Habis Exam... Jambori Pengakap Melaka..?

Alhamdulillah, ana nak memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana telah memberi kekuatan kepada ana dan sahabat-sahabat di IPGM sepanjang menghadapi peperiksaan. Memang getir dan genting saat-saat sedang peperiksaan, sampai blog pun tak ter'update'.

Dah habis exam ni, bleh la enjoy dan releasekan stress. Ana akan menyertai Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia Ke-7 di Bukit Katil, Melaka yang akan diadakan pada 30 Mei hingga 4 Jun 2009.

Dalam Jambori ni, ana telah dilantik sebagai Ketua Perkhemahan, tanggungjawab yang cukup besar. Namun, ana akan cuba dengan sedaya upaya memimpin rakan pemimpin yang lain. Kami terlibat dengan Jambori ni atas tiket Penolong Pemimpin Kumpulan Latihan Malaysia Ke-30 (KLM 30).


Alhamdulillah, ana sempat juga siapkan buku program untuk Jambori tu. Sebenarnya buku tu untuk tetamu yang mungkin melawat tapak perkhemahan KLM 30. Sempat juga ana selitkan beberapa doa pilihan untuk kegunaan rakan pemimpin yang lain, Insyaallah.



Ana pohon kepada anda semua, pembaca sekalian. Doakan ana dan rakan pemimpin yang lain selamat dan sentiasa di bawah perlindungan-Nya.

Post a Comment

0 Comments