Memastikan PC Berkeadaan Baik


Ramai pengguna tidak sedar bahawa komputer peribadi (PC) mereka perlu diselenggara bagi memastikan ia sentiasa di dalam keadaan baik. Jadi, ruangan pada kali ini menyenaraikan beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan agar sistem anda mampu beroperasi sehingga ke puncak prestasinya. Pada masa yang sama tugas tersebut adalah sebagai persediaan bagi mengelakkan sebarang ‘kecelakaan’ yang mungkin berlaku.

Beberapa tips yang disenaraikan di bawah ini adalah sering menggunakan Windows XP, dan boleh dijadikan rujukan bagi pengguna Windows versi terdahulu. Untuk memudahkan rujukan, setiap tugassan tersebut telah dikelaskan kepada beberapa kategori seperti tugasan harian, tugasan mingguan, tugasan bulanan, tugasan yang dilakukan apabila perlu, tugasan tambahan dan pan duan umum.


Tugasan Harian

  • Lakukan pengimbasan pemacu keras untuk membetulkan ralat logikal
  • Jalankan utiliti umum dan perisian anti-virus secara latar (semasa menjalankan aplikasi lain)
  • Mulakan semula (restart) Windows (jika telah lama dijalankan dan kelihatan tak stabil)
Tugasan Mingguan
  • Lakukan proses ‘defragment’ pada pemacu keras
  • Lakukan pengimbasan virus pada pemacu keras
  • Simpan fail-fail data yang dianggap penting
  • Bersihkan ruang ‘cache’ pelayar web
  • Padamkan semua fail berformat.tmp
  • Padamkan semua fail di dalam folder C:\temp\ dan C:\windows\temp\
  • Kosongkan ruang Recycle Bin
Tugasan Bulanan
  • Lakukan pengimbasan pemacu keras bagi membetulkan ralat permukaan
  • Lakukan pembuangan aplikasi yang tidak diperlukan dan tidak digunakan lagi
  • Tugasan yang dilaksanakan apabila perlu
  • Laksanakan penyimpanan (backup) fail sistem
  • Kemaskinikan fail-fail data sistem
  • Kemaskinikan utiliti umum dan perisian anti-virus
  • Kemakinikan aplikasi (sekiranya sumber kemaskini disediakan)
  • Bersihkan perkakasan (papan kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya)
Tugasan Tambahan
  • Kemaskini cakera permulaan (startup disk) Windows
  • Kemaskinikan simpanan maklumat konfigurasi
  • Kemaskinikan utiliti umum bagi cakera boot kecemasan
  • Kemaskinikan imej pemacu keras
Sebenarnya, kekerapan memasang atau mengeluarkan perisian dan perkakasan akan menentukan bertapa kerapnya anda patut melekukan tugasan tambahan seperti yang tersenarai, melainkan tugasan mengemaskini aplikasi. Sesetengah utiliti umum boleh memberitahu anda bilakah fail-fail tertentu perlu dikemaskinikan. Berikut ini adalah beberapa panduan secara umum yang boleh membantu anda semasa menggunakan PC.

Post a Comment

1 Comments

  1. salam...perkongsian yang bermanfaat..teruskan menulis...moga ilmu yang kita kongsi bersama di medan ini menjadi saham buat kita di sana...insyaAllah

    ReplyDelete