Panduan Umum Menggunakan PC


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




Disini ingin dikongsikan beberapa panduan umum menggunakan PC agar PC sentiasa dalam keadaan yang baik. Antaranya:

  • Jangan andaikan ‘kemalangan sistem’ hanya berlaku kepada orang lain
  • Simpan kotak asal peralatan, termasuk manual, dan pelbagai maklumat lain
  • Isikan semua borang pendaftaran perkakasan dan perisian sekiranya perlu
  • Tempatkan sistem di dalam bilik yang dingin dan kering persekitarannya
  • Sediakan ruang yang memadai untuk komputer anda dan peralatannya beroperasi
  • Selaraskan papan kekunci, tetikus, dan kedudukan monitor bagi mengelak keletihan fizikal
  • Jauhkan sistem daripada tempat berair (seperti bawah pendinginan udara, dapur, dan sebagainya)
  • Rehatkan sistem (misalkan selama sehari) jika ia terlalu kerap digunakan secara berterusan
  • Gunakan screen saver, ciri jimat tenaga, dan kurangkan kontras bagi mengekalkan hayt monitor
  • Gunakan ‘surge suppressor’ untuk melindungi sistem dan komponenennya akibat gangguan kuasa
  • Gunakan UPS (uninterrupted power supplies) bagi melindungi sistem dan alatnya dengan berkesan
  • Gunakan bahan anti-statik seperti tikar di sekitar PC untuk membantu menghapuskan cas statik
  • Jangan letakkan sistem dan cakeranya (storan data) berdekatan sumber dan objek yang bermagnet
  • Jangan tanggalkan palam peranti yang ‘tidak menyokong ciri boleh tanggal ketika sistem berjalan’
  • Sentiasa keluar daripada Windows dengan cara yang betul (shut down) bagi mencegah ralat sistem
  • Apabila membersihkan monitor, jangan gunakan pembersih yang boleh menghakis selaput skrin
  • Jangan letakkan makanan dan minuman terlalu rapat dengan PC bagi mencegah tumpahan berlaku
  • Gunakn pelindung habuk untuk perkakasan (contohnya plastik penutup monitor dan pencetak)
  • Adalah lebih selamat jika and mengekalkn (tidak memadam) fail yang tidak diketahui fungsinya
  • Tamatkan tugas yang tiada respon (Not Responding) dengan Ctrl-Alt-Del jika Windows ‘terkunci’
  • Gunakan sumber yang dibekalkan pihak vendor untuk tugas tertentu seperti pemasangan driver.

Post a Comment

0 Comments