Ada Apa Dengan Microsoft Office PowerPoint 2007? - Bhgn 1


 
Microsoft Office PowerPoint 2007 - sebuah perisian persembahan multimedia
 
Mungkin ada antara pembaca sekalian yang merasa pelik dengan tajuk entri saya pada kali ini. Ada Apa Dengan Microsoft Office PowerPoint 2007? Macam misteri sahaja bunyinya. Mungkin ramai pembaca di luar sana yang tertanya-tanya apa isi kandungan entri saya pada kali ini. Namun, saya juga pasti ramai juga yang dapat mengagak intipati perkongsian saya pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Perisian Reka Bentuk Gambar
Sebenarnya, perisian persembahan multimedia Microsoft Office PowerPoint 2007 boleh digunakan untuk mereka bentuk gambar. Ini kerana dengan fungsi tambahan pada menu Insert mampu membantu dalam proses mereka bentuk imej yang lebih cantik.


Cuba lihat contoh imej yang saya telah reka bentuk dengan menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint 2007. Percaya atau tidak???

Baiklah, saya akan cuba menceritakan cara-cara saya menyiapkan gambar di atas dengan perisian persembahan multimedia ini.

1. Masukkan gambar dengan menggunakan fungsi Insert Picture pada tab Insert.

 



2. Masukkan juga logo-logo berkaitan (Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru)

 

 
3. Klik pada Insert WordArt untuk memasukkan teks. Pilih corak teks yang sesuai. Untuk kes ini, teks perlulah dalam keadaan seimbang (center).
 
4. Susun aturkan teks agar center dengan gambar.
Caranya:
a. Pilih gambar dan teks dengan menekan kekunci shift pada papan kekunci dan klik pada gambar dan teks.
b. Pilih Picture Tools > Format > Align pada Bahagian Arrange > Align Center. Kedudukan teks pada gambar akan seimbang.


5. Stail gambar (Picture Style) juga boleh diubah mengikut keinginan anda. Tetapi untuk kali ini, saya telah memilih stail Drop Shadow Rectangle daripada bahagian Picture Style.

 





6. Selepas kerja edit sudah selesai, tekan CTRL + A untuk memilih (select) semua item. Dan klik kanak pada tetikus > Group > Group

 






7. Kemudian, salinkan (copy) item yang telah disatukan (group) dengan menekan kekunci CTRL + C atau klik kanan pada tetikus > copy dan tampalkan (paste) pada perisian Paint (Start > All Program > Accessories > Paint)

 



8. Akhir sekali, simpankan (save) gambar tersebut dengan format .png agar imej yang dihasilkan lebih cantik.










Walaupun hasilnya tidaklah sebaik menggunakan perisian pengeditan imej terkemuka seperti Adobe Photoshop misalnya, namun boleh dicuba, lagi pula tidaklah susah. Baiklah, selamat mencuba kepada semua pembaca. Kalau ada persoalan amatlah dialu-alukan. Terima kasih

*Untuk paparan lebih jelas, klik pada gambar tersebut.
Previous
Next Post »

2 Comment(s)

Click here for Comment(s)
Nur Amina
admin
Tuesday, November 24, 2009 1:07:00 AM ×

Menarik jugak artikel ni, tak pernah try lagi edit gambar guna Power Point.

Nanti saya cuba, terima kasih atas tips / tutorial ni.

Awak ni bakal guru ya...? :)]

Reply
avatar