al-Udhiyyah (الأُضْحِيَّةٌ)


Pengertian
 
al-Udhiyyah  (الأُضْحِيَّةٌ) ialah qurban dari binatang-binatang ternak yang disembelih untuk menghampirkan diri kepada Allah dari hari ke-10 bulan Zulhijjah hingga ke akhir hari-hari Tasyriq.[1] Ini bererti ibadah ini hanyalah sah dilakukan di antara selepas Solat Sunat Aidil Adha hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Sejarah Ibadah Qurban
 
Sejarah ibadah qurban ini telah dirakamkan oleh Allah di dalam Surah as-Shaafat, 37 : 100 - 111 :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (١٠٠) فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلامٍ حَلِيمٍ (١٠١) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ (١٠٢) فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ (١٠٣) وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ (١٠٤) قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (١٠٥) إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ (١٠٦) وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ (١٠٧) وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الآخِرِينَ (١٠٨) سَلامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ (١٠٩) كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (١١٠) إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ (١١١)
Maksudnya: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim." Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.

Kisah agung inilah yang merupakan sejarah mengapa ibadah qurban ini disyari'atkan hingga kini.

 
Hukum Qurban
 
Hukum melakukan qurban ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang berkemampuan. Namun, bagi baginda nabi Muhammad s.a.w. sendiri, ibadah qurban ini adalah wajib.[2] Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma, sabdanya Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ثَلاَثٌ هُنَّ عَلَيَّ فَرَئِضُ وَلَكُمْ تَطَوُّعٌ : النَّحْرُ، وَالْوِتْرُ، وَرَكعَتَا الضُّحَى
Maksudnya: Tiga perkara yang atasku adalah fardhu, dan bagi kamu hanya sukarela; qurban, witir dan dia rakaat Dhuha.
(Hadis Riwayat al-Abu Bazzar dan al-Hakim)

Ibadah qurban memadai dilakukan oleh seorang ahli sesebuah keluarga (ayah selaku ketua keluarga) kerana hukumnya adalah sunat kifayah.[3] Dari Abi Rafi' Radhiyallahu 'anhu:

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا ضَحَّى الشْتَرَى كَبْشَيْنِ سَمِيْنَيْنِ أَقْرَنَيْنِ أَمْلَحَيْنِ فَإِذَا صَلَّى وَخَطَبَ النَّاسَ أَتَى بِأَحَدِهِمَا وَهُوَ قَائِمٌ فِي مُصَلاَّهُ فَذَبَحَهُ بِنَفْسِهِ بِالْمَدِيْنَةِ ثُمَّ يَقُوْلُ: اَللَّهُمَّ هَذَا عَنْ أُمَّتِي جَمِيْعًا مَنْ شَهِدَ لَكَ بِالتَّوْحِيْدِ وَشَهِِدَ لِي بِالْبَلاَغِ ثُمَّ يُؤْتَى بِالآخَرِ فَيَذْبَحُهُ بِنَفْسِهِ وَيَقُوْلُ هَذَا عَنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ فَيُطْعِمُهُمَا جَمِيْعًا الْمَسَاكِيْنَ وَيَأْكُلُ هُوَ وَأَهْلُهُ مِنْهُمَا فَمَكَثْنَا سِنِيْنَ لَيْسَ لِرَجُلٍ مِنْ بَنِي هَاشِمٍ يُضَحَّى قَدْ كَفَاهُ اللهُ الْمُؤْنَةَ بِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْغَرَمِ.  
Maksudnya: Bahawa adalah Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam apabila berqurban, beliau membeli dua ekor biri-biri gemuk, yang bertanduk elok dan berbelang putih hitam. Apabila beliau telah bersembahyang dan berkhutbah terhadap manusia, maka dibawakanlah salah seekornya sedang beliau berdiri di tempat sembahyangnya, lalu disembelihnya sendiri dengan pisau besar. Kemudian beliau berkata: "Ya Allah! Ini dari umatku sekaliannya, siapa yang telah menyaksikan bagi-Mu dengan keEsaan, dan menyaksikan bagiku dengan menyampaikan." Kemudian, dibawakan pula yang seekor lagi lalu disembelihnya sendiri juga oleh beliau, dan beliau berkata: "Ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad", lansung diberi makannyalah kedua-dua ekornya semuanya kepada orang-orang miskin, pun beliau sendiri dan ahlinya turut makan dari keduanya. Maka tinggallah kami beberapa tahun, tidak ada bagi seseorang lelaki dari Bani Hashim yang berqurban, sesungguhnya Allah telah memadakan dia dengan perbelanjaan dan tanggungan Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam.
(Riwayat Ahmad)

Ibadah ini menjadi wajib apabila seseorang itu bernazar untuk melaksanakannya.[4]

 
Galakan Berqurban

Dari Zaid bin Arqam Radhiyallahu 'anhu:

قَالُوا يَا رَسُوْلَ اللهِ مَا هَذِهِ الأَضَاحِيُّ قَالَ: سُنَّةُ أَبِيْكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوْا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرةٍ حَسَنَةٌ قَالُوْا فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنَ الصُّوفِ حَسَنَةٌ.   
Maksudnya: Mereka telah berkata: "Ya Rasulullah, apakah udhiyyah-udhiyyah ini?" Sabda baginda: "Aturan bapa kamu Ibrahim." "Apakah untuk kita daripadanya?", tanya mereka lagi. Sabda baginda, "Dengan setiap sehelai bulu satu kebajikan." "Maka bulu yang halus?", kata mereka. Sabda baginda lagi, "Dengan setiap sehelai dari bulu halus itu satu kebajikan."
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


[1]    al-Ustaz Abdul Hamid Hakim (Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Ustaz Sharif Zaini Daud), (2006), Kitab Pelajaran Fekah al-Mu'in al-Mubin, Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers

[2]    al-Ustaz Abdul Hamid Hakim (Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Ustaz Sharif Zaini Daud), (2006), Kitab Pelajaran Fekah al-Mu'in al-Mubin, Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers

[3]    al-Ustaz Abdul Hamid Hakim (Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Ustaz Sharif Zaini Daud), (2006), Kitab Pelajaran Fekah al-Mu'in al-Mubin, Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers

[4]    Muhammad Arffin, Muhammad Zaini Yahya dan Afendi Sahi, (2002), Pendidikan Syariah Islamiyyah Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rujukan lain:
1. Perisian Al-Quran Digital v2.1

Post a Comment

1 Comments