Syuhada MV Mavi Marmara


Pada 31 May 2010 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.


2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.


3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.


6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.


7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.


8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.


9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.



Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada sahabat-sahabat kita ini. Tanyalah pada diri kita, adakah kita mampu untuk menjadi seperti mereka yang mempunyai semangat yang kukuh untuk membantu saudara seagama mereka? Tanyalah diri dan iman kita.

al-Fatihah buat mereka...
Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh-Nya.
Previous
Next Post »