al-Quran Digital : Untuk Dalami al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebagai perkongsian pada hari ini, ingin saya kongsikan sebuah perisian yang sangat bermanfaat bagi kita umat Islam untuk mendalami al-Quran. Perisian yang saya maksudkan ialah al-Quran Digital versi 2.1.

10 11 - ALQ1


Pertamanya ingin saya kreditkan jutaan terima kasih kepada hamba-hamba Allah yang telah bertungkus lumus menyusun perisian bermanfaat ini, iaitu: Achmad Fahrudin, Ari Widodo, Gatot H. Pramono, Misri Gozan, Mohammad Mukhlis Kamal, Poerbandono, Soelfan Danoerahardja dan Wheny Abdurrahman. Semoga usaha kalian mendapat redha Allah selagi mana perisian ini digunakan.

Beberapa kemampuan perisian Al-Quran Digital ini adalah sebagai berikut:

1. Menampilkan ayat-ayat Al Quran dalam tulisan Arab dan terjemahan Indonesia

2. Menampilkan catatan kaki dari Al Quran terjemahan Department Agama RI (Sebuah bahagian agama di Indonesia)

3. Menampilkan asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) surat Al Baqarah dan surat-surat dalam juz 30 - Versi Al-Quran Digital akan cuba diperbaharui untuk menambah asbabun nuzul bagi surah-surah dan juz-juz lain.

4. Disediakan indeks menurut subjek

5. Melakukan pencarian kata dalam terjemahan

6. Membuat bookmark dari ayat yang dianggap penting

8. Tidak memerlukan instalasi font atau program tambahan


Bagi yang berminat untuk memuat turun, boleh dapatkannya dari tapak asal perisian : Al-Quran Digital (http://www.alqurandigital.com/)

Semoga bermanfaat pada semua. Wallahu a'lam.
.

Post a Comment

0 Comments