Perjuangan Sambung Master di USM Bermula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Dah lama Cikgu tak coretkan sesuatu di blog yang dah bersawang ni. Jadi nak cerita sikit tentang perjuangan sambung Master yang baru sahaja bermula.


Master? Apa tu?


Master ni adalah suatu bidang pengajian yang lebih tinggi dari Ijazah Sarjana Muda, ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Ijazah Sarjana. Di Malaysia ni, ada banyak Universiti Awam ataupun Swasta yang menawarkan pengajian di peringkat Sarjana. Salah satunya adalah Universiti Sains Malaysia. 



Memohon Sambung Pengajian di USM

Kisah bermula dengan permohonan Cikgu buat. Cikgu memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mungkin ada yang bertanya, mengapa USM? Kenapa tidak IPT yang lain? Hmmmm..

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa Cikgu memilih USM. Antara sebab-sebabnya:
  • Memenuhi impian diri Cikgu yang suatu ketika dahulu pernah bercita-cita melanjutkan pelajaran selepas SPM di USM. Namun, pada masa tu tak kesampaian kerana Cikgu dapat tawaran belajar di Maktab Perguruan (kini Insitut Pendidikan Guru). Jadi, Cikgu ambil sahaja peluang yang ada di depan mata. Namun, Alhamdulillah Cikgu berpeluang untuk memenuhi impian untuk menyambung pelajaran pada peringkat Sarjana.
  • Keduanya, USM adalah Universiti yang paling hampir dengan tempat Cikgu mengajar dan kampung halaman Cikgu. Jadi, segala urusan pergi balik agak mudah dan senang. 
  • USM adalah salah satu daripada universiti bertaraf antarabangsa. USM telah mendapat pengiktirafan APEX. Jadi, standard dan kualiti pembelajaran sangat dititikberatkan di sini. Secara jujurnya memamg agak sukar untuk mensasarkan gred yang baik di USM. Namun, itu bukan penghalang untuk berjaya kan?

Setelah mengisi borang secara atas talian, beserta dokumen lampiran yang lengkap, Cikgu pun menghantar permohonan. Berdebar jugak sebenarnya, perasaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Keputusan Permohonan

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Akhirnya keputusan permohonan telahpun keluar. Ditakdirkan permohonan Cikgu ke USM berjaya. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat diberikan peluang ini. Cikgu ada dua minggu untuk selesaikan urusan pemeriksaan kesihatan dan persiapan lain sebelum mendaftar. Doakan untuk cikgu ya...



Alhamdulillah... Segala pujian hanya bagi Allah..

Nanti cikgu sambung lagi..

Wasalam.








Post a Comment

0 Comments