Coding At School

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ini Cikgu terlibat secara langsung sebagai Guru Pengiring bagi Peserta Program Coding At School di sekolah Cikgu. Pernah dengar tak tentang Coding At School? Mungkin bagi sesetengah daripada kita rasa seperti tak pernah dengar tentang program ini. Sebenarnya program ini adalah program yang baru dan belum lagi meluas di semua sekolah di seluruh Malaysia.


Apa Itu Coding At School?



Program Coding@Schools telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2016. Ia merupakan salah satu inisiatif baru dalam usaha menggalakkan inovasi dan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. Unit Strategi Nasional (NSU), Kementerian Kewangan Malaysia dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menyelaras pelaksanaan program bersama pakar dalam bidang ini iaitu StartupMalaysia.org. Program akan dilaksanakan di 100 buah sekolah rendah seluruh Malaysia dan akan melatih seramai 3,000 murid.

Objektif utama program adalah memberi pendedahan kepada peserta dalam menggunakan dan mempelajari web programming seperti HTML, CSS dan JavaScript. Ini membolehkan mereka mengembangkan kemahiran dalam mencipta dan menulis kod untuk perisian aplikasi. Program ini seterusnya dapat membantu membina kreativiti, kolaborasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan computational thinking para pelajar.

Pemilihan sekolah telah dilakukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh NSU dan StartupMalaysia.
- Startup Malaysia

Syukur Alhamdulillah, sekolah Cikgu dipilih sebagai salah satu daripada 100 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia untuk mengikuti program ini. 


Rangka Program Coding At School

Berikut adalah rangka program Coding At School ini:
Berdasarkan rangka program, semua murid di sekolah terpilih disaring dengan Ujian Bertulis terlebih dahulu. Soalan ujian tersebut adalah gabungan kemahiran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains pada aras yang lebih tinggi (Silibus sekolah menengah). Daripada kesemua yang mengambil ujian bertulis, 30 orang peserta yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai peserta yang seterusnya mengikuti Kem 1, Latihan Coding Online dan Kem 2 serta seterusnya membuat dan menghantar projek kepada pihak penganjur. Jika hasil kerja peserta sekolah Cikgu terpilih, mereka bakal menyertai National Code Challenge yang akan diadakan nanti. 


Cikgu selaku Guru Pengiring anak-anak di SK Baling sangat mengharapkan kejayaan mereka dalam projek yang bakal mereka hantar nanti. Jom sama-sama doakan agar salah seorang dari penyertaan sekolah Cikgu mendapat tempat di dalam pertandingan peringkat kebangsaan nanti. Sama-sama doakan.

Bagi rakan-rakan pembaca yang berminat untuk mendapatkan Modul yang digunakan oleh peserta Coding At School pada sesi Kem 1 dan Kem 2, boleh klik pada link di bawah:

Modul Kem Immersion 1 : Klik Sini

Modul Kem Immersion 2: Klik Sini

Nanti Cikgu akan update lagi berita yang terkini.












Post a Comment

0 Comments