Virus Zika, Maklumat Yang Wajib Kita Tahu!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semenjak beberapa hari ini, heboh di Malaysia berkaitan dengan Virus Zika ni. Sesuai dengan tajuk, cikgu gunakan perkataan 'wajib' kerana ianya sangat penting untuk kita ambil tahu dan bendung bersama kerana ianya boleh memberi ancaman kepada kita. Jadi pada hari ini, cikgu nak kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan virus Zika ni.


Apa Itu Virus Zika?

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil. 

Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Info Virus Zika


Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
  • Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  • Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  • Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  • Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  • Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  • Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.


Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-
  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan



Cara Rawatan

Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika. Namun, jika terdapat simptom-simptom yang dinyatakan, sila buat pemeriksaan di hospital berhampiran anda.

Hospital Kerajaan yang menyediakan kemudahan saringan virus zika

Tambahan: Makmal Kesihatan Awam dan Swasta yang ada sediakan kemudahan saringan virus zika



Gejala Dan Cara Mencegah Daripada Jangkitan Penyakit Zika




Kesan Virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.



Status Terkini Virus Zika Di Malaysia

3 September 2016 : Kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016. Pesakit adalah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah.

Berita Harian Online melaporkan yang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan. 

1 September 2016 : Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura. 

Januari 2016 : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini. Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.



Langkah Yang Perlu Diambil

Semoga virus ini tidak menular dengan teruk di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengambil langkah berikut untuk membendung masalah ini.



Sayangi diri kita, sayangi keluarga kita dan sayangi negara kita.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita, keluarga kita, rakan-rakan kita serta seluruh rakyat Malaysia daripada virus ini. Amin.


Post a Comment

0 Comments