Microsoft Educators Community (MEC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada kali ini, ingin saya kongsikan tentang Microsoft Educators Community (MEC). MEC ini merupakan sebuah komuniti yang diwujudkan oleh Microsoft Corporation untuk membolehkan guru-guru di seluruh dunia berinteraksi dan berkongsi idea dan maklumat tentang pendidikan menggunakan alatan (tools) yang disediakan oleh Microsoft. MEC boleh diakses melalui URL : https://education.microsoft.com/



E-Pembelajaran untuk Ahli MEC

Dalam portal MEC, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan. Antaranya, komuniti guru boleh ikuti sesi latihan (course dan learning path) yang disediakan oleh Microsoft. Course adalah kursus secara atas talian yang disediakan mengikut tajuk-tajuk tertentu yang berkaitan dengan penggunaan produk Microsoft dalam pendidikan. 

Setiap course akan diikuti dengan soalan kuiz di akhir pembelajaran. Jika kita berjaya menghabiskan course dan menjawab soalan dengan markah minimum yang ditetapkan, kita akan memperolehi sijil dan lencana (badge). Dan sijil ini adalah bertaraf antarabangsa. Wow!

Contoh badge bagi Course Microsoft in Education



Learning path pula adalah rangkaian course yang mempunyai kaitan dari segi isi kandungan  mengikut turutan yang ditetapkan. Sebagai contoh learning path bagi STEM Level I, terdapat 10 courses yang perlu dihabiskan:



Dengan memilih e-pembelajaran secara learning path, pembelajaran akan lebih tersusun.

Rekod Sijil dan Badge

Setiap e-pembelajaran akan direkodkan dan boleh dilihat di menu My Achievement. Ni contoh achievement saya:

Banyak lagi nak kena kumpul, tak boleh lawan dengan Sifu-sifu MEC.

Bagi guru-guru di bawah KPM, anda boleh rekodkan e-pembelajaran anda dalam MEC ke dalam portal SPLKPM. Pastikan anda cetak sijil dari MEC untuk memudahkan SU LDP anda membuat sokongan dan untuk tujuan rekod e-pembelajaran anda. 

Akhir kata, saya ingin menyeru rakan-rakan di luar sana bagi bersama-sama sertai saya dan ramai lagi guru-guru bernovatif di:

Microsoft Educators Community (MEC) 


Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti.

Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Post a Comment

2 Comments