Siapa Cikgu Al-Kindy?

Siapa Cikgu Ridzuan Al-Kindy



Cikgu Ridzuan Al-Kindy adalah seorang insan guru yang berasal dari Kulim, Kedah. Kini mengajar di salah sebuah sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu (KBB).

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Matematik Pend. Rendah) [B.Ed. Math]
Ijazah Sarjana Sastera (Pendidikan) - Matematik [MA.Ed. Math]

Pengalaman Mengajar
  1. SK Parish, Mukah, Sarawak
  2. SK Baling, Baling, Kedah
  3. SK Jalan Selama, Serdang, Kedah

Penglibatan
  1. Jurulatih Utama KSSR Matematik Negeri Kedah 
  2. Jurulatih Utama Guru Pengurusan Data dan Maklumat Negeri Kedah
  3. Microsoft Innovative Educator (MIE) Trainer
  4. Trainer untuk Projek Future Ready Asean anjuran Microsoft dan Empire Code
  5. Office 365 Trainer
  6. Admin Digital Classroom


Bidang Kemahiran 

Berikut adalah bidang kemahiran yang yang pernah dikongsikan dalam ceramah / bengkel / secara online / bimbingan dan pementoran di sekolah-sekolah :
  1. Office 365 Online dan Offline
  2. Google Classroom beserta aplikasi yang diintegrasikan bersama
  3. E-RPH menggunakan Google Drive dan Google Classroom
  4. Video Editing menggunakan aplikasi desktop (Wondershare Filmora) dan aplikasi telefon pintar (Viva Video, Quik dan KineMaster)
  5. Gamifikasi
  6. Augmented Realiti
  7. Infografik dan Poster

Pensijilan
  1. Microsoft Innovative Educator Trainer (MIE Trainer)
  2. Google Certified Educator Level 1 (GCE1)
  3. Apple Teacher

Mengapa Al-Kindy?

Nama Al-Kindy sebenarnya diambil sempena nama seorang Tokoh Matematik Islam terbilang iaitu Abu Yūsuf Yaʻqūb ibn ʼIsḥāq aṣ-Ṣabbāḥ al-Kindī. Penulis sangat mengagumi ketokohan al-Kindy dalam menyumbang kepada perkembangan ilmu Matematik, Falsafah, Fizik, Poli-Matematik, Perubatan, Kimia dan beberapa bidang lagi. Bacaan lanjut: Al-Kindi

Sebenarnya jolokan Al-Kindy ini telahpun diperolehi sejak zaman persekolahan di SMK Agama Baling, Kedah lagi. Hal ini terjadi apabila penulis telah mengukuti pengajian tingkatan 4 & 5 di dalam aliran Sains Tulen Agama yang dinamakan sebagai kelas 4 Al-Kindy & 5 Al-Kindy.

Setelah penulis berjinak-jinak dalam penulisan blog, nama pena yang sering digunakan adalah Ridzuan Al-Kindy. Kini, nama pena yang digunakan telah diubahsuai menjadi Cikgu Ridzuan Al-Kindy

-----------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi di Facebook:




Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. Mohon berhubung melalui Facebook saya: https://www.facebook.com/mridzuan.mt

      Delete