Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Disini ingin dikongsikan beberapa panduan umum menggunakan PC agar PC sentiasa dalam keadaan yang baik. Antaranya:
- Jangan andaikan ‘kemalangan sistem’ hanya berlaku kepada orang lain
- Simpan kotak asal peralatan, termasuk manual, dan pelbagai maklumat lain
- Isikan semua borang pendaftaran perkakasan dan perisian sekiranya perlu
- Tempatkan sistem di dalam bilik yang dingin dan kering persekitarannya
- Sediakan ruang yang memadai untuk komputer anda dan peralatannya beroperasi
- Selaraskan papan kekunci, tetikus, dan kedudukan monitor bagi mengelak keletihan fizikal
- Jauhkan sistem daripada tempat berair (seperti bawah pendinginan udara, dapur, dan sebagainya)
- Rehatkan sistem (misalkan selama sehari) jika ia terlalu kerap digunakan secara berterusan
- Gunakan screen saver, ciri jimat tenaga, dan kurangkan kontras bagi mengekalkan hayt monitor
- Gunakan ‘surge suppressor’ untuk melindungi sistem dan komponenennya akibat gangguan kuasa
- Gunakan UPS (uninterrupted power supplies) bagi melindungi sistem dan alatnya dengan berkesan
- Gunakan bahan anti-statik seperti tikar di sekitar PC untuk membantu menghapuskan cas statik
- Jangan letakkan sistem dan cakeranya (storan data) berdekatan sumber dan objek yang bermagnet
- Jangan tanggalkan palam peranti yang ‘tidak menyokong ciri boleh tanggal ketika sistem berjalan’
- Sentiasa keluar daripada Windows dengan cara yang betul (shut down) bagi mencegah ralat sistem
- Apabila membersihkan monitor, jangan gunakan pembersih yang boleh menghakis selaput skrin
- Jangan letakkan makanan dan minuman terlalu rapat dengan PC bagi mencegah tumpahan berlaku
- Gunakn pelindung habuk untuk perkakasan (contohnya plastik penutup monitor dan pencetak)
- Adalah lebih selamat jika and mengekalkn (tidak memadam) fail yang tidak diketahui fungsinya
- Tamatkan tugas yang tiada respon (Not Responding) dengan Ctrl-Alt-Del jika Windows ‘terkunci’
- Gunakan sumber yang dibekalkan pihak vendor untuk tugas tertentu seperti pemasangan driver.
0 Comments