Repositori dan Dashboard KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur kerana saya diberi peluang untuk menyertai pasukan Unit Maklumat Negeri Kedah bagi menghadiri Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat KPM 2018 yang telah diadakan pada 14 hingga 16 Ogos 2018 yang lalu di Cristal Crown Hotel Petaling Jaya. Penglibatan saya selaku delegasi yang mewakili Guru Pengurusan Data dan Maklumat (GDM) bagi Sekolah Rendah. 


Konvensyen yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertemakan "Repositori Data Pendidikan Ke Arah Keputusan Bermaklumat". Melalui konvensyen ini, para peserta didedahkan berkenaan repositori data yang sedang dibangunkan oleh KPM.

Pengenalan Kepada Repositori Pendidikan dan Dashboard KPM

Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - PPPM (2013 - 2015), terdapat banyak keputusan perlu dibuat dan dilaksana secara berkesan, serta outcome perlu dijejak dan dianalisis. Untuk ini berlaku, data perlu dikumpul secara cekap, dibersih, dikonsolidasi daripada pelbagai sumber dan pembuat keputusan (peringkat Bahagian, JPN, PPD, Sekolah) perlu berkeupayaan membuat analisis untuk meningkatkan keberkesan penyampaian perkhidmatan Pendidikan.

Maka KPM perlu ada satu repositori pendidikan untuk platform analitik bagi menganalisis maklumat, membuat keputusan dan ramalan perancangan tindakan masa depan ke arah Pendidikan Abad ke-21 dan SDG Education 2030. Disamping meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung melalui pelaporan pada Dashboard.

Secara ringkasnya repositori data adalah merupakan gudang data yang mengumpulkan kesemua data di semua peringkat. Berikut adalah catatan perkembangan pembangunan repositori data KPM:

Sebelum tahun 2015, pelbagai isu yang membabitkan pengurusan data pendidikan yang kurang cekap

Namun, KPM sentiasa berusaha menambah baik pengurusan data KPM dari semasa ke semasa

Oleh itu, dengan wujudnya repositori data KPM ini, maka data tersebut dapat diterjemahkan dan dipaparkan melalui Dashboard KPM bagi kegunaan-kegunaan yang tertentu.


Faedah Repositori
  • Ia boleh menyimpan dan menganalisis sejumlah besar data termasuk data historikal. Boleh diintregasi dengan punca data daripada pelbagai platform.
  • Menjana laporan tidak akan melambatkan sistem ianya lebih efisyen. Dengan repositori data, analisis berlaku sepenuhnya secara bebas daripada sistem transaksi sedia ada dan tidak akan menyebabkan laman web terhenti atau sistem terjejas.
  • Tiada laporan yang bertentangan. Mempunyai repositori data tunggal bermakna semua pengguna melihat data yang sama. Tiada lagi kerja duplikatif atau hasil yang bercanggah kerana dibersihkan dan dipiawaikan mengikut DDSA
  • Keselamatan data yang lebih besar/baik. Dengan satu lokasi, membolehkan akses yang selamat hanya kepada orang yang perlu melihat data tertentu


Rasional Dashboard KPM
  • Membuat pelaporan data secara visual yang interaktif dan lebih bermakna
  • Memudahkan pemantauan dan penilaian program KPM
  • Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung melalui pelaporan pada Dashboard

Antara muka Dashboard KPM dengan pilihan maklumat yang boleh dipaparkan: Gred, Jenis Bantuan, Lokasi, SKM-Conforming-Mubaligh, Guru, Enrolmen Rendah, Enrolmen Menengah dan Prasekolah

Kesimpulan

Pembangunan repositori data dan dashboard KPM merupakan suatu inisiatif yang baik yang dilaksanakan oleh KPM. Justeru selaku guru di peringkat sekolah, pengutipan data yang dilakukan perlulah telus dan berintegriti kerana data yang dikutip di peringkat sekolah merupakan asas kepada keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi di KPM. Jika data yang salah dikunci masuk ke dalam sistem, maka keputusan yang bakal dibuat adalah tidak tepat dan berkemungkinan tersasar daripada target yang sepatutnya


Muat turun slaid, klik di sini.

Sekian saja perkongsian pada kali ini.
Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments