Bengkel Digital Classroom SK Keladi, Kulim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 24 Ogos 2019 yang lepas, telah berlangsung Bengkel Digital Classroom bertempat di SK Keladi, Kulim, Kedah. Bengkel yang dianjurkan ini melibatkan 42 orang guru-guru di sekolah tersebut. Pihak sekolah telahpun menjemput saya yang merupakan salah seorang daripada Admin Digital Classroom untuk menjadi fasilitator bagi bengkel tersebut.

Antara pengisian yang telah disampaikan adalah penggunaan aplikasi seperti Padlet, Blendspace, Edpuzzle, Plickers dan Quizizz. Setiap peserta telah dibimbing untuk mendaftar, log masuk dan menggunakan setiap aplikasi ini dalam proses pembelajaran di kelas. Saya juga turut berkesempatan mendemonstrasi pengintegrasian perisian-perisian ini dengan aplikasi Google Classroom yang telah mula digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran - Learning Management System (LMS).  

Selain itu, semua peserta juga diberi pendedahan tentang kewujudan komuniti guru yang berinovatif dalam Microsoft Educators Community (MEC). MEC adalah sebuah portal yang disediakan oleh Microsoft Corporation untuk menyokong e-pembelajaran serta perkongsian pintar antara guru-guru di seluruh dunia. Di akhir bengkel, para peserta telah diberikan point  untuk ditebus dalam MEC kerana telah berjaya mengikuti kursus secara bersemuka bersama saya. Tahniah diucapkan kepada guru-guru SK Keladi, Kulim, Kedah kerana telah menyahut cabaran untuk memulakan Digital Classroom dalam PdP mereka. 

Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti.

Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments