Bengkel Video Editing dan Augmented Realiti (Digital Wave BMKPM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setelah lama tidak menulis, pada hari ini saya berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Pada 25 hingga 27 Januari 2020 yang lepas, saya telah dijemput untuk memberi ceramah dalam Kursus Video Editing dan Augmented Realiti. Kursus ini adalah sebahagian daripada Siri Bengkel Digital Wave Bahagian Matrikulasi KPM ke seluruh Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia dengan kerjasama Digital Classroom Malaysia. Idea bernas ini telah diterajui oleh En Ahmad Mahfuz Najhan, Pen. Pengarah Sektor Pengurusan Akademik Kurikulum Matematik BMKPM.

Digital Wave BMKPM
Siri Bengkel Digital Wave BMKPM (terdapat perubahan tarikh di Kolej Matrikulasi tertentu)


Di antara hasrat BMKPM adalah untuk menggalakkan tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi menggunakan pendekatan digital learning dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dan seterusnya mengangkat Kolej Matrikulasi ke era digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Oleh itu, Kursus Video Editing dan Augmented Realiti telah diadakan melibatkan 40 orang peserta dalam kalangan pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah (KMK), Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) dan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Kursus ini telah diadakan di KMK. 

Antara kemahiran ysng dikongsikan kepada para peserta merangkumi pengenalan dan trend video PdP, papan cerita dan perancangan penghasilan video serta penyuntingan video menggunakan aplikasi telefon pintar seperti Viva Video, Quik dan KineMaster.

Cik Azahana yang merupakan penceramah jemputan dari KMK turut mendedahkan kepads peserta tentang teknik-teknik asas fotografi dan videografi yang sangat berguna kepada para peserta. 

Para peserta turut didedahkan tentang teknik green screen dan penyuntingan video menggunakan aplikasi desktop seperti Filmora oleh seorang lagi rakan penceramah, En Kherul Jefri dari KMK. Para peserta pada hari kedua diberi tugasan untuk menyiapkan satu video pendidikan secara berkumpulan. 

Pada hari terakhir, para peserta telah mencuba menggunakan persiapan Assemblr untuk memahami tentang penggunaan teknologi Augmented Realiti. Mereka juga turut didedahkan dengan penggunaan Pixton Comic characters dan cara menyimpan slide show ke dalam bentuk video menggunakan PowerPoint Office 365. 

Semasa pembentangan hasil tugasan kumpulan, dapat saya lihat hasil video yang sangat kreatif dan memberangsangkan daripada para peserta walau ada dalam kalangan mereka yang beginner dalam penghasilan video. Secara keseluruhannya video-video yang dihasilkan menunjukkan para peserta mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang dikongsikan oleh saya dan 2 lagi rakan penceramah.  

Majlis Penutup bagi kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Redzwan, Pengarah KMK. Pada majlis tersebut, turut dilancarkan MatriXtube sebagai suatu platform untuk membolehkan video-video yang dihasiljan diarkib sebagai sebuah koleksi digital Kolej-kolej Matrikulasi di Malaysia. 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada BMKPM kerana telah mengorak langkah ke pembelajaran digital. Semoga segala yang dihasratkan dan dirancang dapat terlaksana dengan jayanya. 

Sepanjang tiga hari berkampung di KMK, layanan yang sangat baik telah diberikan kepada saya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah, Puan Timbalan Pengarah, En Ahmad Mahfuz Najhan, Pn Tuanpah Syams, En Kherul Jefri, Cik Azahana dan kesemua AJK kursus yang telah bekerja keras bagi menjayakan kursus ini. 

Dikesempatan ini juga saya selaku penceramah dan fasilitator ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang mengendalikan bengkel. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada para peserta atas iltizam dan kesungguhan mengikuti kursus ini hingga ke akhirnya. Semoga segala ilmu yg dicurahkan dapat digunakan sebaik mungkin. 

Sekian.





#MatriXtube
#DigitalWaveBMKPM
#AdminDigitalClassroom

Post a Comment

0 Comments