Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, sebelum sekolah bermula ni, saya sempat siapkan templat Fail Rancangan Pengajaran Harian. Untuk makluman, Fail RPH ini adalah mengikut versi Buku RPH JPN Kedah.



Buat masa ini, saya masih lagi menggunakan fail dan mencetak RPH saya. Mungkin ada sesetengah rakan-rakan guru yang masih berminat untuk menggunakan Fail RPH ini. Justeru, ingin saya kongsikan agar semua rakan guru mendapat manfaat.

Di dalam templat ini, saya telah susun mengikut urutan dari kulit depan hinggalah kulit belakang. Ini termasuklah pembagi (partition) bagi setiap kandungan Fail RPH dan tetulang tepi fail RPH.

Saya juga turut menyediakan versi Fail RPH Prasekolah bagi rakan-rakan guru prasekolah, termasuklah kerangka KSPK.

Sekali lagi dingatkan bahawa tempat ini adalah versi JPN Kedah (Kulit). Namun, isi dalam fail boleh digunakan dan disesuaikan mengikut kehendak masing-masing.

Pautan untuk muat turun templat:



Semoga bermanfaat!