Membina Bahan e-Pembelajaran Menggunakan Microsoft Onenotes dan Forms

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersempena dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diwartakan oleh kerajaan, selaku guru kita masih perlu lakukan sesuatu untuk membolehkan anak-anak didik di rumah terus belajar. Pendekatan pembelajaran yang sangat sesuai dalam tempoh ini ialah remote learning (pembelajaran jarak jauh). 

Jadi, pada penulisan kali ini akan saya kongsikan cara untuk rakan-rakan guru membina bahan e-pembelajaran menggunakan dua aplikasi dari Microsoft iaitu Onenote dan Forms. Dua tools dari Microsoft ini merupakan tools yang sangat sesuai untuk digunakan untuk pembelajaran jarak jauh. 

Idea yang ingin saya keutarakan ialah dengan menggunakan Microsoft Onenote sebagai satu platform untuk guru mengumpulkan segala bahan bantu belajar seperti nota, gambar, video, pautan (link) untuk dijadikan suatu buku rujukan versi digital kepada murid. Manakala, Microsoft Form pula merupakan satu platform yang membolehkan guru menilai pemahaman murid dengan membina latihan, kuiz atau soalan pentaksiran. 




Keistimewaan Microsoft Onenote

Antara keistimewaan Microsoft Onenote yang boleh saya nyatakan secara ringkasnya ialah:

1. Ianya menyamai buku nota fizikal. Kita bebas untuk memasukkan teks, gambar, pautan, jadual, rakaman suara, simbol, imoji dan sticker ibarat kita melakar pada buku nota secara fizikal.



2. Bagi guru yang mengajar matematik, fungsi Math membolehkan guru menyelesaikan persamaan matematik, melakar graf, menunjukkan langkah pengiraan serta yang paling menarik membolehkan guru menjana soalan latihan yang setara dengan contoh yang dimasukkan. Menarik bukan?



3. Nota atau bahan yang kita telah siapkan boleh dikongsikan (share) melalui pelbagai plartform, antaranya Microsoft Teams yang merupakan salah satu produk Microsoft sebagai suatu sistem pengurusan pembelajaran (Learning Management System - LMS). Namun, ianya tidak terhad untuk dikongsikan hanya di plartform Microsoft, pautan (link) juga boleh dikongsikan di media sosial, Whatsapp, Telegram mahupun Google Classroom. Asalkan bahan yang dikongsikan disetkan kepada anyone with the link can asccess (sesiapa dengan ada pautan boleh membukanya. Jadi, asalkan murid-murid mempunyai akses internet, mereka dapat mengulangkaji pelajaran dengan bahan yang kita sediakan. 

Pentaksiran Menggunakan Microsoft Form

Setelah selesai membuat bahan di Microsoft Onenote, guru juga boleh membuat soalan latihan berdasarkan bahan yang disediakan di Microsoft Form. Terdapat sedikit perbezaan antara Microsoft Form dengan Google Form. Antara kelebihan yang menarik ialah fungsi math yang juga dimasukkan dalam Microsoft Form. Dengan fungsi ini, kita dapat:

  1. Memasukkan persamaan matematik secara terus pada Microsoft Form. Fungsi math ini membolehkan jawapan terus dikira dan memberikan cadangan pilihan jawapan tanpa perlu guru memasukkannya.
  2. Menjana soalan yang berikutnya berdasarkan pola (pattern) soalan yang kita masukkan pada mulanya. 
  3. Microsoft Form yang telah dibina boleh dimasukkan (embed) ke dalam Microsoft Onenote. 

Demikian sedikit perkongsian tentang fitur-fitur yang terdapat dalam kedua-dua aplikasi yang sempat dikongsikan. Dengan fitur-fitur yang hebat dalam kedua-duanya, saya kira gabungan ini dapat membolehkan guru menyediakan BBB yang berkualiti dan berkesan bagi menyokong pembelajaran secara remote learning ini. 


Pembelajaran Lanjut untuk Menggunakan Microsoft Onenote dan Form

Bagi guru-guru dan para pembaca yang berminat mengikuti aktiviti hands-on, anda boleh menontom rakaman Webinar Bersama MIE Expert anjuran Digital Classroom Malaysia yang merupakan sebahagian daripada Program Khidmat Bantu Pengintegrasian Teknologi Dalam Pendidikan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM seperti yang berikut:





Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti. Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments