Remote Learning - Pendekatan Pembelajaran Ketika Wabak COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama-tamanya, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran kep hadrat Yang Maha Esa kerana masih diberi ruang dan peluang untuk mengembangkan ilmu pengetahuan melalui penulisan dan pembacaan blog. Bulan Mac 2020 ini merupakan suatu tempoh yang amat sukar buat kita rakyat Malaysia khususnya rentetan wabak penyakit COVID-19 yang melanda negara kita mahupun seluruh dunia.

Saban hari, dapat kita lihat statistik peningkatan kes dan kematian yang kian bertambah hinggakan kerajaan terpaksa memutuskan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dengan pelaksanaan PKP ini, sedikit sebanyak jadual pembelajaran anak-anak yang sepatutnya hadir ke sekolah terganggu. Di sinilah guru-guru perlu ambil peranan untuk menyediakan pembelajaran secara Remote Learning agar murid-murid di rumah dapat terus belajar dengan pemantauan yang minimum oleh guru.

Apakah Remote Learning?

Remote learning merupakan suatu kaedah pembelajaran secara jarak jauh yang membolehkan guru menyampaikan pembelajaran secara atas talian dan membolehkan murid terus belajar melalui tugasan, projek dan pentaksiran seakan-akan kelas pembelajaran secara fizikal (NYC Department of Education, 2020). Sebenarnya kaedah remote learning ini bukan suatu yang baharu kerana ianya telah wujud saban tahun. Namun, apabila keadaan memaksa sebegini, kita selaku orang dalam bidang pendidikan terpaksa memilih kaedah pembelajaran ini bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid ketika tempoh PKP ini.

Apabila menyebut tentang remote learning ini, tidak dapat tidak, ianya berkisarkan penggunaan teknologi tertentu bagi membolehkan guru dan murid berinteraksi antara satu sama lain seolah-olah dalam bilik darjah yang sebenar. Namun, satu hakikat yang guru-guru perlu sedar bahawa interaksi yang berlaku ini tidaklah sesempurna seperti interaksi yang berlaku di kelas fizikal. Sebagai contohnya, di dalam kelas fizikal, guru dapat melaksanakan aktiviti berkumpulan dan melibatkan murid-murid dalam aktiviti secara bersemuka. Namun, ianya tidak dapat dijalankan sepenuhnya menggunakan kaedah remote learning.

Tools dan Plarform Yang Boleh Digunakan


Dalam tempoh hanya beberapa minggu, pelbagai pihak telah mengetengahkan pelbagai cadangan aktiviti, alat (tools) mahupun plartform yang boleh digunakan untuk menjayakan Remote Learning. Antara tiga tools dari syarikat terkemuka dunia:



Microsoft telah memperkenalkan aplikasi Office 365 untuk menyokong pembelajaran. Aplikasi Office 365 ini merupakan aplikasi cloud-based yang membolehkan pengguna menggunakan perisian Microsoft Office secara online. Antara aplikasi yang termasuk dalam Office 365 ini ialah Teams, Word, Excel, PowerPoint, Onenote, Form dan beberapa aplikasi yang lain. Microsoft telah memperkenalkan Onenote sebagai aplikasi yang sebagai pengurus storan secara cloud-based



Google juga sebenarnya telah terlebih dahulu membangunakan aplikasi cloud-based mereka yang tersendiri yang diberi nama sebagai G-Suite. Antara aplikasi yang termasuk dalam G-Suite ialah Google Classroom, Google Mail,  Google Docs, Google Sheets, Google Slides, Google Forms dan beberapa aplikasi lain. Dalam G-Suite, Google Drive adalah storan cloud-based yang telah dibangunkan sekian lama. 



Apple juga tidak terkecuali daripada mempromosikan remote learning menggunakan produk mereka. Namun, remote learning yang dipromosikan oleh Apple hanya terhad kepada mereka yang menggunakan peranti Apple. Guru-guru yang mempunyai peranti Apple ini boleh menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan aplikasi KeyNotes (menyerupai PowerPoint), Garage Band - aplikasi untuk menghasilkan muzik dan i-Movie (aplikasi editan video). Dengan menggabungkan ketiga-tiga aplikasi ini, guru boleh menghasilkan video pembelajaran dengan hak cipta sendiri.

Tools dan Plarform Alternatif

Selain daripada tiga tools / platrform dari syarikat gergasi dunia ini, terdapat juga beberapa tools / platform yang lain yang guru boleh pilih untuk menguruskan sumber pembelajaran bagi menjayakan  remote learning, antaranya:

1. Seesaw



Seesaw merupakan suatu plartform yang baik untuk guru menjalankan PdP secara Remote Learning. Seesaw boleh diibaratkan suatu media sosial yang disesuaikan dengan tahap kanak-kanak.


2.  Wakelet


Wakelet merupakan suatu portal yang membolehkan guru-guru menyimpan pelbagai bentuk bahan pembelajaran termasuklah teks (nota), gambar, video, pautan (link), bookmark, pautan kepada Google Drive / Onedrive dan FlipGrid Video. Ianya dapat dimanfaatkan oleh guru untuk membina suatu koleksi bahan pembelajaran mengikut tajuk yang diingini.




Sesuai dengan motonya, Empower every voice, ianya suatu aplikasi yang membolehkan guru berinteraksi dengan murid dengan merakamkan video pendek pada grid-grid pembelajaran. Aplikasi FlipGrid sesuai digunakan untuk Flipped Classroom dan juga pembelajaran secara remote learning. Sebagai contoh guru meminta murid menerangkan pemahaman mereka tentang suatu topik. Guru dapat mengumpulkan evidens melalui rakaman video murid dalam grid-grid yang telah disediakan oleh guru. 

4. Aplikasi Media Sosial - Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan sebagainya


Selain daripada aplikasi yang dinyatakan di atas, guru juga boleh memilih menggunakan aplikasi media sosial yang sedia ada, yang telah sekian lama digunakan. Bagi mereka yang beginner kepada teknologi, penggunaan aplikasi media sosial ini masih lagi relevan dalam melaksanakan pembelajaran secara  remote learning


Kerjasama Guru - Ibu Bapa Menjayakan Remote Learning

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, peranan ibu bapa sangat penting dalam menyokong pembelajaran anak-anak. Sememangnya suatu yang begitu mencabar apabila ibu bapa perlu menyediakan kemudahan internet untuk membolehkan remote learning ini berjalan lancar. Namun, remote learning tidak semestinya menggunakan data internet yang banyak untuk dilaksanakan. Guru-guru dan para ibu bapa boleh berbincang untuk mendapatkan kata sepakat bagi sama-sama membantu anak-anak meneruskan pembelajaran dalam tempoh yang sukar ini.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti. Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments