Transformasi Pembelajaran Dengan Microsoft Teams Menerusi DELIMa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan salah satu daripada aplikasi yang sangat menarik untuk membantu menguruskan sesi pengajaran dan pembelajaran digital dengan sangat mudah iaitu Microsoft Teams. Dengan situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda, kita sebagai guru perlu memikirkan kaedah PdP alternatif yang membolehkan murid belajar andai kata sekolah diarahkan bercuti pada bila-bila masa. Dan salah satunya ialah menggunakan Microsoft Teams.


Pengenalan Microsoft Teams dan DELIMa

DELIMa adalah ringkasan kepada Digital Educational Learning Initiative od Malaysia merupakan suatu portal inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang menghimpunkan alatan (tools) dan bahan teknologi dari tiga syarikat gergasi dunia iaitu Microsoft, Google dan Apple dalam suatu plarform. DELIMa ini berfungsi menggunakan ID moe-dl yang dibekalkan kepada semua guru dan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia secara percuma. (Wow!)

Antaramuka Portal DELIMa yang merangkumi himpunan aplikasi Google, Microsoft, Apple dan aplikasi lain.

Untuk perkongsian kali ini, saya akan fokuskan kepada salah satu aplikasi Microsoft yang terdapat dalam portal DELIMa, iaitu Microsoft Teams.



Bagaimana Mentransformasi Pembelajaran Dengan Microsoft Teams?

Jom saksikan rakaman video berikut:

 


Nota Rujukan Transformasi Pembelajaran Dengan Microsoft Teams Menerusi DELIMa


Bagi yang berminat untuk dapatkan nota rujukan Transformasi Pembelajaran Dengan Microsoft Teams Menerusi DELIMa ini, boleh muat turun daripada pautan di bawah:



Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti. Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments