Microsoft Teams Untuk Pengurusan Sekolah (Pentadbir dan Guru)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Sejak negara kita dilanda musibah COVID-19 dan sekolah diarahkan tutup lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rentetan daripada PKP dan kini PKPB, kini bidang pendidikan telah melalui suatu proses perubahan. Peratusan guru yang menggunakan pelbagai pendekatan dan peralatan teknologi kian untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) semakin meningkat dari hari ke hari. Pelbagai perisian juga turut digunakan sebagai platform pelaksanaan PdP antaranya adalah Microsoft Teams. Selain untuk pelaksanaan PdP, para pentadbir sekolah juga boleh gunakan Microsoft Teams untuk berkolaborasi dan berkomunikasi sepanjang tempoh PKP dan seterusnya pasca PKP nanti. 



Pengenalan Kepada Microsoft Teams

Microsoft Teams merupakan suatu platform untuk berkomunikasi dan berkolaborasi yang menggabungkan fungsi sembang (chatting), persidangan video (meeting), penyimpanan fail dan serta integrasi aplikasi. Microsoft Teams boleh dikatakan satu perisian yang all-in-one untuk tujuan yang pelbagai misalnya sebagai Learning Management System (LMS), pengurusan staf dan guru, pengurusan kumpulan Professional Learning Community (PLC) dan juga pengurusan aktiviti kokurikulum. Kelompok-kelompok ini dipanggil dengan istilah team.

 

Penggunaan Microsoft Teams dalam Pengurusan Sekolah 

Microsoft Teams ini boleh digunakan dengan berkesan dalam pengurusan sekolah terutamanya dalam tempoh PKP ini. Dengan apps ini, para guru dan pentadbir dapat berkomunikasi dan berkolaborasi dengan baik. Antara kelebihan yang dapat saya kongsikan ialah:

1. Ruang kerja yang tersusun 
Saya sangat yakin dan percaya bahawa kebanyakan sekolah menggunakan platform group Whatsapp atau Telegram sekolah untuk berinteraksi berkaitan hal sekolah. Namun, masalah yang berlaku adalah maklumat penting bercampur baur dengan chatting dan dokumen-dokumen penting yang dikongsikan. Di sinilah Microsoft Teams ini dapat membantu menyelesaikan permasalahan ini. Melalui Microsoft Teams, kita boleh bersembang berdasarkan pos / entri asal suatu isu. Jadi, aktiviti dalam team akan lebih tersusun. Boleh lihat contoh antara muka Microsoft Teams:



2. Integrasi storan dari pelbagai pennyedia perkhidmatan
Microsoft Teams membenarkan penggunanya menggunakan perkhidmatan simpanan awan (cloud storage) sama ada dari Microsoft sendiri iaitu One Drive atau beberapa penyedia yang lain, misalnya SharePoint, Dropbox, Box, Sharefile dan Google Drive. Jadi untuk mengakses fail dari perkhidmatan-perkhidmatan ini, tak perlu lagi buka di tempat lain. Boleh terus buka di Microsoft Teams.  



3. Integrasi perisian (apps) dalam Microsoft Teams
Antara suatu yang menarik juga dalam Microsoft Teams ini, kesemua perisian Microsoft boleh dintegrasikan termasuklah office suite - Word, Excel dan PowerPoint. Ini bermaksud, pengguna boleh membuka dan mengedit dokumen-dokumen dalam terus di dalam aplikasi Microsoft Teams. 

Contoh fail Excel yang boleh dibuka. Ini membolehkan ianya diedit sambil berbincang (meet now)


Selain itu, terdapat juga aplikasi pihak ketiga (third-party apps) yang boleh digunakan dan dimasukkan (embed) ke dalam Microsoft Teams. 



Setakat ini sahaja dahulu perkongsian daripada saya. Jika ada yang berminat untuk belajar cara untuk membina team sekolah dalam Microsoft Teams, boleh ikuti rakaman webinar di channel YouTube saya. Jangan lupa subscribe, like dan komen nanti ya. 




Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti. 

Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. 

Terima kasih.


Post a Comment

4 Comments

  1. Cikgu, saya ada soalan tentang Microsoft Team terutamanya calendernya. Boleh saya hubungi cikgu secara PM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cikgu. Pm saya di telegram https://t.me/cgridzuan_alkindy

      Delete