Tutorial Penghasilan Video Pembelajaran Menggunakan PowerPoint

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seiring dengan perkembangan teknologi, Microsoft PowerPoint yang dahulunya adalah sebuah perisian yang digunakan untuk membuat slaid persembahan (presentation slide) semata-mata. Namun, kini Microsoft telah berevolusi bagi membolehkan para pengguna menggunakannya untuk menghasilkan video yang menarik. Oleh itu, pada kali ini, ingin saya kongsikan Tutorial Penghasilan Video Pembelajaran Menggunakan PowerPoint.



Prapenghasilan Video

Sebelum memulakan penghasilan video, perlu kita sediakan beberapa perkara agar bahan kita dan isi kandungan video dirancang dengan baik. Antaranya ialah:
  • Melakar papan cerita dan mereka letak bahan - fasa ini sangat penting dalam prapenghasilan bahan ataupun video. Papan cerita membolehkan kita untuk melakar apa yang perlu ada bagi setiap scene termasuklah elemen multimedia, transition, effect dan sebagainya. Terserah kepada anda sama ada mahu membuat papan cerita secara fizikal mahupun digital. Dalam melakarkan idea, kita boleh amalkan prisnsip C.A.S.P.E.R. dalam mereka letak bahan pembelajaran. Bacaan lanjut tentang CASPER adalah di sini.          


Contoh papan cerita yang boleh digunakan pada fasa prapenghasilan video / bahan pembelajaran

        

Prinsip C.A.S.P. E. R dalam mereka letak bahan / video pembelajaran 

  • Memahami Fitur-fitur Microsoft PowerPoint - Setelah melakar papan cerita, kita perlu pastikan bahawa komputer kita bukan sahaja dilengkap perisian Microsoft PowerPoint. Malah, kita perlu pastikan kita memahami secara ringkas fitur-fitur yang ada dalam Microsoft PowerPoint. Dalam penghasilan video, tab Home, Insert, Transition, Animation dan Recording akan banyak digunakan digunakan. 
Antara muka perisian Microsoft PowerPoint dalam Office 365

Tutorial Penghasilan Video Menggunakan PowerPoint

Berikut dikongsikan pautan untuk tutorial tersebut:



Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti.

Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments