Tutorial Kongsikan Kuiz Interaktif Dalam Aplikasi Quizizz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Artikel ini adalah sambungan bagi dua artikel sebelum ini:


Share Soalan Latihan Interaktif Dalam Aplikasi Quizizz


Setelah guru-guru menghasilkan bahan kuiz interaktif, bahan tersebut boleh dikongsikan (share) untuk dijawab oleh murid-murid 

1. Klik pada Assign HW untuk memberikan tugasan kuiz ini sebagai homework.



2. Masukkan maklumat had tarikh dan masa. Had masa maksimum untuk kuiz ini dibuka ialah sebulan. Jangan tekan HOST GAME  terlebih dahulu!



3. Skrol ke bawah, ubah tetapan (setting) yang bersesuaian. 
  • student attempts - berapa kali murid boleh menjawab kuiz
  • show answers in-game - tunjukkan jawapan yang betul setelah menjawab soalan tersebut
  • show answer post-game - untuk tunjukkan jawapan dan membolehkan murid ulangkaji jawapan selepas tamat kuiz



4. Klik HOST GAME.




5. Pilih kaedah share yang bersesuaian:
  • A - Kongsikan pada aplikasi Google Classroom, Microsoft Teams, Remind, Canvas, Schoology dan Twitter
  • B - Kongsikan pautan secara terus
  • C - Kongsikan kod untuk menjawab soalan



Namun, untuk memudahkan perkongsian, pilihan dengan menyalin pautan secara terus adalah pilihan yang paling mudah. Pautan tersebut boleh dihantar melalui pelbagai platform sama ada media sosial  - Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram ataupun melalui e-mel.


Memantau Pencapaian Murid Dalam Kuiz

Setelah kuiz yang dibina telah dikongsi dan dijawab oleh murid, laporan pencapaian murid boleh dilihat pada menu Report. Pada menu ini, akan dipaparkan maklumat seperti jumlah pemain (murid yang menjawab soalan) dan accuracy (peratusan murid yang menjawab dengan markah penuh).


Untuk mendapatkan laporan yang lebih terperinci, guru boleh klik pada tajuk kuiz. Maka akan terpaparlah pencapaian murid-murid yang menjawab kuiz.



Pada paparan ini, guru boleh melihat skor dan ketepatan (accuracy) bagi setiap murid yang menjawab kuiz. Selain itu, guru juga boleh menghantar e-mel kepada waris untuk memaklumkan perkembangan dan pencapaian murid-murid. Namun, senarai emel murid perlulah disediakan oleh guru terlebih dahulu. Berikut adalah contoh paparan untuk menghantar emel kepada waris. 


Untuk menghantar e-mel kepada lebih ramai, klik Add more student. Laporan individu akan dihantar kepada setiap waris. 

Selain itu, di hujung nama murid, terdapat menu tambahan (tiga titik - lihat no 1). Klik pada pilihan Expand (nombor 2), untuk mendapatkan maklumat yang terperinci bagi setiap soalan yang dijawab dalam suatu kuiz yang dibina. Kita dapat melihat secara terperinci soalan yang dijawab dengan betul, dengan salah atau tidak dijawab langsung. Selain itu, tempoh masa yang digunakan oleh murid untuk menjawab juga ditunjukkan.



Demikian perkongsian berkenaan aplikasi Quizizz untuk panduan kita bersama. Diharapkan agar semua guru atau pembaca di luar sana dapat memahami dan seterusnya menggunakan aplikasi Quizizz dengan sebaiknya yang buat masa ini diberikan secara percuma. 

--------------------------------------------------------------------------

Puatan ke Koleksi Bahan e-Pembelajaran Matematik

https://cikgualkindy.blogspot.com/p/e-learning-matematik.html

--------------------------------------------------------------------------

Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti.

 Mohon share dan tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments