Tutorial Membina Soalan Latihan Interaktif Menggunakan Aplikasi Quizizz Bahagian II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pautan bagi Bahagian I:

Jom kita sambung Tutorial Membina Soalan Latihan Interaktif Menggunakan Aplikasi Quizizz.



Setelah memahami fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Quizizz, jom kita cuba membina soalan kuiz interaktif

Membina Soalan Latihan Interaktif

Untuk membina soalan latihan interatif:


1. Klik create a new quiz pada menu di bahagian atas atau menu sebelah kiri.


2. Masukkan tajuk, subjek / mata pelajaran dan diikuti dengan butang Next.


3. Berikut adalah antaramuka yang terpapar selepas butang next diklik.



A - Pilihan untuk memasukkan new question (soalan baru) atau Teleport (salin soalan dari set kuiz yang dihasilkan oleh komuniti guru berdasarkan tajuk kuiz yang hampir serupa)

B - Jenis-jenis kuiz yang boleh dibina iaitu:
  • multiple choice (soalan aneka pilihan ABCD)
  • checkbox (soalan aneka pelengkap - boleh tanda lebih daripada satu jawapan)
  • fill in the blank (soalan isi tempat kosong, respon terhad)
  • poll (untuk buat undian, tiada markah)
  • open-ended (untuk soalan struktur yang memerlukan semakan secara manual)

C - Tetapan bagi set kuiz yang dibina iaitu:
  • add quiz image - memasukkan imej bagi kuiz, terpulang kepada anda untuk memasukkan imej yang sesuai
  • add grade - memasukkan gred pelajar yang sesuai untuk kuiz ini (KG - kindergarden, Gred 1 -12, university dan Professional Developent
  • Import from spreadsheet - memuat masuk soalan dari fail Excel / Spreadsheet.

4. Klik pada jenis soalan yang ingin dibina.



5. Masukkan soalan dan pilihan jawapan. Anda juga boleh memasukkan persamaan Matematik ataupun bahan media pada soalan atau pilihan jawapan. Setkan masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan tersebut. Dan klik Save.

Preview bagi soalan yang dimasukkan akan dipaparkan di sebelah kanan.

6. Untuk menambahkan soalan yang lain, klik +New question atau Teleport untuk mencari dan menyalin soalan dari kuiz di komuniti.


Soalan yang telah dibina boleh diubah dengan klik pada edit. Tetapan masa menjawab juga boleh ditetapkan pada ruangan bawah.

7. Apabila selesai memasukkan kesemua soalan, klik FINISH QUIZ.

Maka satu set soalan kuiz telah selesai dibina. Yeay...!!!



--------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------

Puatan ke Koleksi Bahan e-Pembelajaran Matematik

https://cikgualkindy.blogspot.com/p/e-learning-matematik.html

--------------------------------------------------------------------------
Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti. Mohon share dan tinggalkan komen di bawah.

Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments