Tutorial Membina Soalan Latihan Interaktif Menggunakan Aplikasi Quizizz Bahagian I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini, ingin saya kongsikan cara untuk membina soalan latihan interaktif menggunakan aplikasi Quizizz. Aplikasi Quizizz ini merupakan aplikasi untuk membina kuiz interaktif secara dalam talian (online). Justeru, ianya amat bersesuaian dengan pendekatan remote learning mahupun flipped classroom



Pengenalan

Aplikasi Quiziz ini telah dicetuskan oleh dua orang anak muda iaitu Ankit dan Deepak yang telah mendapat idea semasa mengajar Pemulihan Matematik di sebuah sekolah di Bangalore, India pada 2015. Kini, aplikasi Quizizz ini telah digunakan oleh berjuta pelajar yang terdiri daripada lebih 100 negara yang berpangkalan di Bangalore, India dan Santa Monica, Califonia.





Mendaftar Akaun Aplikasi Quizizz

Untuk memulakan membina soalan latihan interaktif menggunakan aplikasi Quizizz, kita memerlukan sebuah e-mel yang aktif. Saya ingin cadangkan anda menggunakan akaun e-mel Google untuk lebih memudahkan proses sign up

1. Buka laman utama aplikasi Quizizz di https://quizizz.com/. Bagi yang belum mempunyai akaun, sila klik pada sign up

2. Klik sign up with Google.

3. Pilih e-mel yang nak digunakan untuk mendaftar akaun.


Antara Muka Aplikasi Quizizz

Berikut adalah antaramuka aplikasi Quizizz setelah kita log masuk (sign in).
Bahagian A - menu di sebelah atas, membolehkan kita untuk find a quiz (mencari kuiz yang telah dibuat oleh komuniti guru di Quizziz), create a new quiz (membina kuiz baru), notifikasi dan join a game (bagi memulakan kuiz yang diberi dengan kod)

Bahagian B - menu di sebelah kiri, membolehkan kita untuk:
  • Create a new quiz - membina kuiz yang baru (sama fungsi seperti menu pada bahagian atas)
  • Find a quiz - mencari kuiz yang telah dibuat oleh komuniti guru di Quizziz (sama fungsi seperti menu pada bahagian atas)
  • My quizizz - kesemua kuiz yang dibina dipaparkan apabila menu ini diklik
  • Reports - laporan pencapaian murid dalam kuiz yang dibina
  • Classes - menetapkan kelas bagi kuiz yang akan / telah dikongsikan di aplikasi Google Classroom
  • Collection - kuiz-kuiz yang dihasilkan boleh dikelaskan kepada koleksi tertentu mengikut kehendak masing-masing (misalnya: Matematik UPSR, Matematik Tahun 5 dan sebagainya)
  • Memes - Imej / gambar yang dipaparkan untuk jawapan betul atau salah (dimuat naik oleh guru sendiri) - pilihan (tidak wajib)
  • Setting - tetapan untuk akaun Quizizz
  • Log out - log keluar dari akaun Quizizz

Bahagian C - Recommended for you adalah kuiz-kuiz yang dibuat oleh guru lain untuk rujukan ataupun boleh disalin (dalam Quizizz dipanggil Teleport) berdasarkan bidang pembelajaran yang sama dengan bahan yang kita buat.

--------------------------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------------

Puatan ke Koleksi Bahan e-Pembelajaran Matematik

https://cikgualkindy.blogspot.com/p/e-learning-matematik.html

--------------------------------------------------------------------------

Sekian sahaja perkongsian kali ini. InsyaAllah akan disambung nanti. Mohon share dan tinggalkan komen di bawah.

Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments